Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Putera Mahkota Saudi Derma...

RIYADH - Putera mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman berkenan menyumbang sebanyak...

Mufti Perlu Keluarkan Fatwa...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen dari pembangkang meminta mufti dan pihak berwajib...

Rogol: Jurulatih Digantung, Atlet...

KUALA LUMPUR - Jurulatih yang didakwa merogol seorang atlet penerjun wanita digantung tugas...

Kemenangan DUN Mahkota Bukti...

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan...

Mari Tingkatkan Hubungan Malaysia – Austalia

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu berhasrat untuk maju ke depan dan mempertingkatkan hubungan dengan Australia.

Dr Wan Azizah, yang mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Australia Julie Bishop di sini hari ini, berkata daripada pertemuan itu, beliau mengambil maklum akan kesediaan Australia untuk memberikan sokongan kepada Malaysia berikutan kemenangan PH dalam pilihan raya umum baru-baru ini, yang menyaksikan pertukaran kerajaan di negara ini.

Pertukaran teraju pemerintahan Malaysia menjadi topik utama yang dibincangkan mereka, kata beliau sambil menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah mempunyai pengalaman bertukar kerajaan dalam tempoh 61 tahun, tidak seperti Australia.

“…Kami berbincang bagaimana untuk lebih maju ke hadapan,” kata Dr Wan Azizah pada sidang media selepas kunjungan hormat Bishop yang kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Malaysia. Pertemuan itu berlangsung di pejabat Timbalan Perdana Menteri di bangunan Parlimen.

Menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia, lawatan Bishop dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini bertujuan menjalin hubungan lebih erat dengan kerajaan baharu Malaysia serta membuat penilaian baharu mengenai hubungan dua hala yang telah sedia terjalin. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan

Kategori