Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

RM200 Juta Bangun Projek...

SUNGAI PETANI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan...

Azhan Rani Tampil Mohon...

Apabila kontroversi watak Allahyarham A.R Tompel yang dipotretkan dalam Biopik Saloma timbul, bukan...

Rosmah Mohon Dapatkan Pasport...

Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan...

Zairil NAFI Dirinya Individu...

Awal pagi tadi, laman sosial dan aplikasi Whatsapp menjadi panas tiba-tiba apabila banyak...

Mat Sabu Berterima Kasih Kepada Pengkritik

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan bahawa beliau berterima kasih kepada pengkritiknya, namun tidak akan sesekali menerima sebarang kritikan berbentuk fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata kritikan dan pandangan sinis adalah perkara biasa yang perlu diambil perhatian sebagai menteri atau sebagai pemimpin kepada satu organisasi yang besar.

“Saya berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang mengkritik, menegur bahkan mengecam prestasi saya sebagai Menteri Pertahanan.

“Saya menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri, bekas Menteri Pertahanan dan bekas Menteri Belia dan Sukan baru-baru dan saya melihatnya sebagai satu teguran untuk menilai dan memperbaiki prestasi serta kesungguhan untuk menerajui kementerian ini,” katanya dalam satu kenyataaan di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan berkata Mohamad tidak layak memegang jawatan Menteri Pertahanan.


Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan mengkritik Mohamad dalam laman sosial dengan mendakwa beliau merendahkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara terbuka.

Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata beliau akan menyuarakan pandangannya mengenai pentadbiran semasa Kementerian Pertahanan, bermula dengan keputusan menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman, selepas tempoh bulan madu kerajaan Pakatan Harapan berakhir. – BERNAMA

Kategori