Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Burung Merak Pun Jadi...

APA la dosa burung merak ni? Disebabkan sikap buruk manusia, habis bulu pelepah...

KL2017: 4 Wakil Negara...

KUALA LUMPUR - Empat atlet Muay Thai negara membawa harapan untuk menambah kutipan...

Kerajaan Jamin Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air dalam situasi...

Cerita Tersirat Ugut Mahu...

TIADA hujan tiada ribut tiba-tiba kecoh konon jutaan rakyat Sarawak keluar membanjiri pusat...

Maxis Perkenal Pengalaman Tanpa Risau ‘Zerolution360’

KUALA LUMPUR – Maxis Bhd hari ini memperkenalkan program pemilikan telefon ‘Zerolution360’ yang menawarkan pelanggan pengalaman tanpa risau untuk semua keperluan peranti, merangkumi dari saat mendaftar, menggunakan telefon, proses penyelenggaraan dan menaik taraf.

Zerolution360 membolehkan pelanggan menerima pelan perlindungan yang komprehensif termasuk gantian peranti menyeluruh segera bagi telefon yang dicuri atau rosak, perlindungan peranti penuh serta naiktaraf telefon percuma setiap dua tahun.

Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma berkata, pelanggan boleh memilih telefon terbaru yang disediakan dan pelan MaxisONE yang diinginkan tanpa bayaran pendahuluan, kad kredit dan tidak perlu mendaftar untuk pelan kontrak Maxis.

“Melalui Zerolution360, pelanggan boleh menikmati proses penyelanggaraan secara menyeluruh, kebebasan memiliki peranti dengan cara yang diinginkan dan menjalankan kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran di Menara Maxis, hari ini.

Program Zerolution360 menyediakan dua pakej perlindungan; asas dan premium.


Bagi pelanggan yang mendaftar pakej premium, bayaran tambahan RM10 sebulan dikenakan dengan kelebihan khidmat pembaikan dengan masa yang lebih pantas, telefon pinjaman sementara dan penggantian skrin secara percuma.

Layari www.maxis.com.my untuk mendaftar atau mengetahui lebih lanjut mengenai Zerolution360.  – BERNAMA

Kategori