Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fasa Peralihan Monsun Hingga...

KUALA LUMPUR – Malaysia memasuki fasa peralihan monsun mulai esok dan dijangka berterusan...

Ada 56 Lagi Rakyat...

PEKAN - Seramai 56 rakyat Malaysia masih di Syria, termasuk sembilan yang dipercayai...

VIDEO: Kanak-Kanak 17 Bulan...

TIDAK dinafikan ada ibu bapa yang kadangkala suka melihat anak-anak mereka melakukan aksi tidak...

China Sumbang Peralatan Tentera...

MANILA - Jabatan Pertahanan Filipina pada Khamis menerima peralatan ketenteraan yang disumbangkan China...

Maya Karin Muntah Darah Dalam Program Meletop

KECOH… Semasa penggambaran program bual bicara Meletop, satu insiden sempat membuat para penonton terkejut. Maya Karin Roelcke yang diundang ke program tersebut tiba-tiba muntah darah.

Perkara di luar jangkaan itu turut membuatkan dua hos rancangan sembang santai hiburan tersebut, Nabil Ahmad dan Neelofa tergamam apabila Maya terpaksa dipapah untuk bergerak keluar daripada set program.

Artis undangan selain Maya yang secara kebetulan berada di set yang sama iaitu Syamsul Yusuf dan Nasir Bilal Khan, juga terperanjat sejurus melihat gumpalan darah di tangan dan mulut aktres kacukan Jerman-Melayu itu.

Ternyata, ‘drama’ berdarah yang tidak dirancang tersebut sebenarnya hanyalah sebahagian daripada gimik untuk mempromosikan filem genre seram terbaharu di pawagam, Munafik 2, lapor portal berita tempatan mStar Online.

Beberapa saat kemudian, Maya muncul semula ke set program tersebut dan memberitahu bahawa beliau hanya melakonkan semula babak watak yang dipegangnya dalam filem arahan Syamsul tersebut.

“I’m coming back! Ok tak, jadi tak? Pandai tak berlakon,” seloroh Maya seperti ditukil oleh mStar. Sebelum kejadian, Maya dilaporkan seronok menceritakan pengalamannya dalam filem Munafik 2.


Video insiden tersebut turut dikongsi Maya menerusi laman sosial Instagrammya. Rata-rata, para peminat mengatakan bahwa gimik pelakon berusia 38 tahun itu menjadi!

Munafik 2 mula ditayangkan di pawagam-pawagam Malaysia hari ini selain tayangan serentak di Brunei dan Singapura. Menurut mStar, filem tersebut menelan belanja sehingga RM2.9 juta. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori