Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

40 Syahid Serangan Ke...

AGENSI berita BBC melaporkan, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden memberitahu bahawa setakat...

Syor Khairy Bertanding Di...

SEREMBAN : Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dialu-alukan jika berminat bertanding di...

Siri Plat Kenderaan Khas...

KUALA LUMPUR - Demi mengumpul dana bagi membantu insan seni yang di dalam...

Mengaku Salah Pecah Rumah...

Taiping : Lelaki yang melarikan diri daripada tahanan polis, minggu lalu, dihukum penjara...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai Jertih

JERTIH – Mayat seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an ditemui terapung di Sungai Jertih lewat petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar berkata mayat tersebut ditemui orang awam yang kemudian bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Berdasarkan dokumen pengenalan diri terdapat pada lelaki itu, mangsa berasal dari Gong Kemutung, Jertih namun identiti mangsa belum dapat disahkan sepenuhnya ekoran keadaan mayat yang dikatakan sudah meninggal dunia lebih 24 jam.

“Pihak bomba terpaksa menunda mayat mangsa ke tebing sungai menggunakan bot sebelum dibawa naik dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Mohd Zamri berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.55 petang dan lapan anggota serta sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian. – BERNAMA

Kategori