Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Doktor Bedah Lidah Sendiri...

CHINA – Kerana sayangkan isteri yang sudah lama menderita akibat dengkurannya ketika tidur,...

OIC Tolak Pelan Damai...

JEDDAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini menolak pelan damai kontroversi Israel-Palestin...

Mahfuz Omar Pertahan Mukhriz...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus...

Ponggal Bukan Perayaan Keagamaan...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa Ponggal...

Mayat Murid Lemas Di Boardwalk Setiu Ditemui

SETIU – Mayat murid lelaki Tahun Enam yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Boardwalk Setiu, Pengkalan Gelap di sini semalam, ditemui pada 7.30 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu Mustafa Ismail berkata mayat Muhammad Nor Hafizul Norizan, 12, ditemui bapa saudaranya ketika memanjat pokok berhampiran sungai dalam usaha mencari anak saudaranya.

“Semasa memanjat pokok, dia ternampak mayat mangsa timbul ke permukaan kira-kira 650 meter dari lokasi kejadian dan bertindak memaklumkan kepada pihak bomba,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat Muhammad Nor Hafizul diserah kepada polis untuk dihantar ke Hospital Setiu.

Menurut Mustafa, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 8.40 pagi.


Murid itu dilaporkan dibawa arus deras ketika mandi-manda dan mencari kepah bersama beberapa rakan tengah hari semalam. – BERNAMA

Kategori