Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Lee Chong Wei Tidak...

GOLD COAST - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak pernah mengecewakan...

402,333 Rumah Di Hulu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 402,333 rumah di Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami...

Jamil Khir Fail Saman...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Jangan Lari Daripada PTPTN...

KUALA LUMPUR - Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diingatkan supaya...

MB Terengganu Sambut Zahid Dari Makkah

BERSEJARAH… Hubungan UMNO dengan PAS kini bukan sahaja terhad kepada kerjasama politik ketika pilihan raya kecil, malah berkembang luas melibatkan pemimpin kedua-dua parti tersebut.

Terbaharu, meskipun tiada acara rasmi diadakan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang baru pulang dari mengerjakan haji beramah mesra bersama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Insiden unik yang tidak dirancang tersebut sebenarnya berlaku secara kebetulan ketika tokoh PAS Terengganu itu berada di sekitar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor petang ini.

Meskipun kejadian itu berlangsung secara spontan, keceriaan jelas terpancar pada wajah Ahmad Zahid dan Ahmad Samsuri apabila mereka berdua kelihatan berbual mesra seperti sahabat rapat yang sudah lama tidak bertemu.

Turut bersama ialah isteri Ketua Pembangkang tersebut, Datin Seri Hamidah Khamis dan mereka disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta kepimpinan UMNO selain sanak saudara yang lain.

Baca: Jet Raja Salman Bawa Najib Ke Saudi Disekat

Juga: Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH

Ahmad Zahid yang tiba kira-kira pukul 2.45 petang kelihatan ceria dan sihat sambil tidak putus-putus menerima ucapan selamat kembali dari tanah suci Makkah daripada mereka yang turut sabar menunggu kepulangannya.


Orang ramai yang berada di Balai Ketibaan KLIA juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan beliau dan ada begitu teruja apabila tidak menyangka pula dapat bertemu sendiri bekas timbalan perdana menteri tersebut.

Minggu lalu, nama beliau menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan apabila muncul sebagai pemimpin bukan kerajaan yang pertama di dunia diraikan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud sempena Aidiladha.

Baginda malah menjemput Ahmad Zahid ke Istana Mina dekat Makkah setelah jet peribadi kerajaan Arab Saudi disekat kerajaan Pakatan Harapan untuk bawa Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Bekas presiden UMNO itu disenarai hitam pihak imigresen selain pentadbiran PH bertindak biadab tutup Pusat Keamanan Raja Salman di Putrajaya selain tarik balik askar Malaysia yang kawal Kaabah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori