Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Aksi Anak Panda Comel...

BEIJING - Kalau sudah namanya anak kecil, pasti gemar bermain. Begitu jugalah yang...

Kualiti Udara Singapura Kekal...

SINGAPURA - Jerebu masih menyelubungi Singapura hari ini walaupun keadaan bertambah baik pada...

Indonesia Benarkan Semula Eksport...

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan peraturan baharu yang membenarkan semula eksport mendapan marin dalam bentuk...

Video: Penumpang Wanita Mengamuk...

KALAU sudah gila seks, tak kira di mana jua asalkan ada peluang pasti...

MCA Membisu Dalam Skandal Kerajaan BN – Gobind

KUALA LUMPUR – MCA perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa ia tidak mempertahankan hak rakyat walaupun pelbagai penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan wang dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang dianggotainya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata MCA bukan sahaja membisu dalam hal seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malah mencemuh Pakatan Harapan (PH) bermain politik apabila membongkarkan isu penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik negara tersebut.

“Dia bertahun-tahun di situ, dia tahu apa yang berlaku. Tapi masih menyeru supaya rakyat menyokongnya dan mempercayainya untuk menjaga rakyat.

“Ini satu perkara yang serius. Bolehkah kita mempercayai mereka? ” katanya pada ceramah PH sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, di Serdang, dekat sini, malam ini.

Gobind Singh turut meminta kira-kira 300 hadirin di ceramah tersebut supaya melontarkan persoalan itu kepada MCA dan calonnya,Tan Chee Teong.

Beliau berkata tindakan MCA untuk bertanding atas benderanya sendiri kali ini juga menunjukkan parti itu kini malu untuk dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN) dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sampai hari ini dia tak berani bawa bendera Dacing (lambang BN). Kenapa takut, kenapa sekarang mahu pakai bendera sendiri,” katanya.


Dalam pada itu, Gobind Singh juga menyeru penggundi Balakong supaya lihat ke depan dan terus mengundi PH pada PKR DUN Balakong 8 Sept ini.

Rakyat Malaysia, khususnya, pengundi di Balakong mesti memastikan negara tidak kembali ke era BN, katanya.

PRK DUN Balakong akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan dengan calon PH, Wong Siew Ki. – BERNAMA

Kategori