Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tentera China Ada Radar...

CANGGIH... Pihak berkuasa China berjaya membangunkan sebuah radar tentera super sensitif yang mampu...

Sultan Sharafuddin Sokong Selangor...

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan Selangor...

Saksi Sahkan Derma RM2.6...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu saksi pembelaan kesembilan...

Muhyiddin Bayangkan Kepayahan Laksana...

KUALA LUMPUR - Bimbang dengan kes positif COVID-19 yang kembali mencatatkan angka dua digit...

Mekanik Parah Dihempap Bas Meninggal Dunia

TEMERLOH – Seorang mekanik yang parah di kepala ketika cuba menggantikan tayar sebuah bas dalam kejadian pada Sabtu lalu, meninggal dunia selepas dua hari dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini pagi tadi.

Saudara mangsa, Zamri Umor, 33 berkata mangsa Abd Rahman Ishak 39, meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi tadi selepas kritikal dihempap bas setelah jek hidraulik yang digunakan terlucut ketika sedang menggantikan tayar berkenaan di tempat kerjanya di sebuah bengkel di Temin, Jerantut.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar Jerantut hari ini,”katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian lebih kurang jam 10 pagi pada Sabtu lalu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telinga setelah kenderaan berat itu menghempapnya yang ketika itu sedang berbaring di bawah kenderaan berkenaan untuk menggantikan tayarnya.

Melihat kejadian itu majikan dan rakan sekerja mangsa segera membantu mengeluarkan mangsa sebelum menghubungi ambulans untuk membawanya mendapatkan rawatan lanjut di Hoshas. –BERNAMA

Kategori