Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Video: Pemandu Treler Tercampak...

KERANA terlelap, seorang pemandu treler maut apabila tercampak keluar sebelum dirempuh oleh sebuah...

Sime Darby Digesa Jawab...

KUALA LUMPUR - Benarkah Mesyuarat Lembaga Pengarah Sime Darby Property Berhad membuat keputusan...

ABM Jamin Tiada Pelanggaran...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberi jaminan kepada pelanggan bank bahawa...

PRK Seri Setia :...

PETALING JAYA - Faktor penentu yang sering kali menjadi persoalan apabila tiba pilihan...

Menang Saman Kerana Hidap Kanser Akibat Racun

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat – Seorang lelaki menerima pampasan sebanyak AS$289 juta (RM1.18 bilion) selepas pihak juri sebuah mahkamah di sini mendapati dia menghidap kanser disebabkan penggunaan racun serangga yang dikeluarkan oleh syarikat Monsanto.

Peguam Dewayne Johnson berkata, lelaki itu didiagnosis menghidap penyakit kanser limfoma bukan Hodgkin pada 2014 selepas menggunakan produk racun serangga perosak Roundup dan produk Monsanto yang serupa, Ranger Pro dalam kuantiti besar ketika bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah.

Pihak juri di Mahkamah Tinggi California di San Francisco pada Jumaat lalu mengarahkan defendan, Monsanto membayar ganti rugi kepada Johnson selepas syarikat itu gagal memberi amaran mengenai risiko penggunaan racun serangga mengandungi bahan glifosat herbisida dalam kuantiti yang banyak itu.

Sementara itu, Naib Presiden Monsanto, Scott Partridge berkata, terdapat beratus-ratus kajian menunjukkan herbisida tidak menyebabkan kanser dan pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Roundup merupakan produk yang selamat selama empat dekad dan akan terus selamat. Tiada bukti saintifik yang menunjukkan ia berbahaya,” kata Partridge kepada agensi berita AP.

Produk Roundup merupakan racun serangga perosak paling popular di negara itu manakala glisofat herbisida digunakan secara meluas dalam pertanian di Britain. – Agensi/Kosmo Online

Kategori