Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dua Beradik Maut Motosikal...

IPOH - Dua beradik maut apabila motosikal yang mereka naiki merempuh bahagian belakang...

Kecoh 52 Peserta Digugur...

KUALA LUMPUR - Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir...

Noh Kagum Lihat Ketabahan...

PUTRAJAYA - Vokalis Hujan, Noh Salleh kagum dengan ketabahan dan kesabaran isterinya, Mizz...

MU Dalam Peringkat Akhir...

MELAKA - Melaka United kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan kapten pasukan Harimau...

Menteri New Zealand Berbasikal Ke Hospital Lahirkan Anak

MENTERI hal ehwal wanita New Zealand, Julie Genter mencatat sejarah apabila berbasikal sendiri untuk melahirkan anak hari ini.

Menteri dari Parti Hijau itu berkata beliau berbasikal untuk ke hospital kerana “tidak cukup ruang dalam kereta.”

Beliau meletakkan gambar beliau dan pasangan menikmati kayuhan pagi Ahad di akaun Instagram.

Jun lalu, Perdana Menteri Jacinda Ardern menjadi pemimpin negara kedua di dunia melahirkan anak semasa menjawat jawatan.

Kedu-dua mereka melahirkan anak di hospital awam Auckland City Hospital.

Genter, 38 tahun, juga menjawat jawatan menteri pengangkutan bersekutu dikenali sebagai pejuang gaya hidup berbasikal.


“Masanya sudah tiba, doakan kami!” Tulisnya di Instagram.

Kali pertama ahli Parlimen New Zealand pertama melahirkan anak ialah pada 1970, manakala seorang lagi menyusukan anak semasa berkhidmat pada 1983.

Kebelakangan ini, kehidupan ahli politik wanita berkeluarga mendapat perhatian media.

Di Sweden dan Itali, beberapa orang ahli parlimen jadi perhatian dunia apabila gambar mereka mengundi sambil memegang anak kecil muncul. – BBC/Mynewshub.tv

Kategori