Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Brunei Izin Kelas Tarian...

BANDAR SERI BEGAWAN - Kerajaan Brunei masih lagi membenarkan pusat kesihatan tempatan menawarkan...

5 Koridor Utama Negara...

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Isytihar Harta: Mahkamah Perintah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas...

Renjer Maut Bom Meletup...

Bangkok - Seorang renjer terbunuh dan enam yang lain cedera parah dalam letupan...

Mi Rojak Punca Keracunan Makanan Di MRSM Taiping

TAIPING – Sajian mi rojak dikenal pasti sebagai punca 103 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping di sini mengalami keracunan makanan, pagi semalam.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A.Sivanesan berkata seramai 593 pelajar menikmati juadah berkenaan di dewan makan sekolah pada pukul 11 malam, Selasa lalu.

Katanya hasil siasatan pihak Jabatan Kesihatan negeri mendapati mi kuning yang diguna dalam sajian itu disimpan selama 24 jam di dalam peti sejuk dengan suhu 15 darjah Celcius.

“Selain itu, timun yang diguna tidak dibuang kulit, manakala lantai dapur dan longkang dewan makan asrama tidak bersih serta tidak diselenggara.

“Kita menyita dewan makan asrama sekolah itu selama 14 hari mulai semalam dan kontrak pengendali dewan makan asrama MRSM tersebut ditamatkan serta-merta oleh pengurusan ibu pejabat Mara,” katanya kepada pemberita selepas melawat MRSM Taiping di sini, hari ini.

Sivanesan berkata kontrak pengendali dewan makan itu ditamatkan serta-merta berkuat kuasa hari ini susulan keracunan makanan berulang dalam tempoh tidak sampai sebulan.


Katanya pada masa ini pihak sekolah mendapatkan bekalan makanan sementara dari Gunong Semanggol, di Bagan Serai dan pembekal makanan baharu dijangka dilantik dalam tempoh sekurang-kurangnya dua hari lagi.

Selain itu, Sivanesan berkata beliau telah meminta Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan mengejut dalam aspek kebersihan penyediaan makanan di dewan makan dan kantin di setiap sekolah, kolej dan universiti di Perak. – BERNAMA

Kategori