Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Tak Putus Asa,...

KOTA BHARU - PAS tidak akan berputus asa untuk mencari peluang membahaskan kembali...

Isu HRD Corp: SPRM...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas berhubung...

WHO Beri Amaran Cacar...

GENEVA - Risiko cacar monyet untuk menjadi penyakit bukan endemik kini menjadi realiti,...

KKM Tetap Bertanggungjawab Jika...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tetap mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku sebarang implikasi kesihatan...

Miliki Dadah 150 Kg, 3 Di Ambang Maut

AMPANG – Tiga lelaki termasuk seorang penternak lembu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 155.9 kilogram (kg), Julai lalu.

Ikhwan Amir Ab Rahim, 25; Mohd Azahan Yusof, 33, yang bekerja sebagai buruh kasar dan peniaga kedai telefon, Ng Soon Kuan, 28, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ikhwan, Mohd Azahan dan Soon Kuan didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 155.9 kg di kawasan tempat letak kereta Tesco Extra Ampang, di sini, jam 7.45 pagi, 21 Julai lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang boleh dihukum mati mandatori.

Sementara itu, di mahkamah sama, Ikhwan mengaku tidak bersalah menggunakan kenderaan Toyota Hilux, no pendaftaran VAF 5917 dengan niat menjalankan kegiatan pengedaran dadah berbahaya iaitu kesalahan di bawah Jadual Pertama ADB (Perlucuthakan Harta) 1998.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta Tesco Extra Ampang, di sini, jam 7.45 pagi, pada 21 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 3(1) ADB (Perlucuthakan Harta) 1998, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Ilyana Zainal, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 September ini untuk sebutan semula kes. – BH Online

Kategori