Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Projek Battersea: Bukti Malaysia...

LONDON - Stesen Janakuasa Battersea merupakan antara simbol pemodenan London, kaya dengan unsur-unsur...

Pemandu Porsche GT3 Dan...

SEBUAH video pendek berdurasi 1 minit yang dimuat naik oleh stesen CCTV NEWS...

Di Mana Polis Ketika...

SHAH ALAM - Pemimpin DAP mempersoalkan di manakah pihak polis ketika Menteri Belia...

Anak Gajah Maut Dirempuh...

HULU TERENGGANU - Seekor anak gajah yang sedang melintas jalan maut selepas dirempuh...

MOA Pastikan Bekalan Ikan Mencukupi Ketika Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan bekalan ikan di negara ini mencukupi ketika musim tengkujuh.​​​​​​

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, MOA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bekerjasama dalam memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga barang adalah terkawal.

“Kami sentiasa bekerjasama dan mempunyai jawatankuasa bersama dalam memantau. Memastikan bekalan cukup adalah tugas kami. Berkenaan harga barang pula, ia akan dikawal KPDNHEP.

“Kita akan cuba yang terbaik menyelesaikan kekangan yang dihadapi rakyat berkaitan kenaikan harga barang dan berusaha untuk memastikan bekalan cukup dengan harga yang mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis Sesi Ramah Mesra Menteri MOA bersama Rakan Media 2018 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori