Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Galak Ternak Ikan...

LANGKAWI - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan nelayan mengusahakan projek tenakan...

Alamak! Game Bosan Sampai...

ALAHAI bang oih... Sampai tertidur ya tengok bola kat Stadium Shah Alam tu?...

Adik Mengaku Sumbang Mahram...

KAMPAR - Seorang budak lelaki 14 tahun hari ini mengaku bersalah di Mahkamah...

Perlembagaan Persekutuan Perlu Dipertahan...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar perkara-perkara asas...

Modul Baharu Kursus Perkahwinan Akan Diperkenal

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mewujudkan modul baharu untuk kursus perkahwinan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata modul baharu tersebut akan lebih komprehensif berbanding dengan modul sedia ada.

“Modul baharu ini termasuklah mengenai tanggungjawab suami-isteri, komunikasi yang lebih baik di antara kedua pihak supaya dapat mewujudkan persefahaman yang lebih baik, bukan sekadar mengenai apa itu perkahwinan, rukun perkahwinan dan perkara sah perkahwinan,

“Modul baharu untuk kursus perkahwinan ini kita rasa perlu dilaksanakan kerana modul perkahwinan yang sedia ada, orang hadiri cuma untuk dapatkan sijil yang melayakkan untuk berkahwin,” katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Wanita Kelantan di sini, hari ini.

Fuziah berkata pihaknya telah mengadakan persidangan dengan ketua-ketua hakim syarie dan semua anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas agama Islam mengenai perkara tersebut yang kini masih dalam perbincangan.

Beliau berkata perkahwinan ibarat perjanjian iaitu kehidupan yang panjang yang memerlukan persefahaman, oleh itu latihan yang sewajarnya diperlukan supaya perkahwinan dalam tempoh 6 bulan pertama, iaitu tempoh yang paling sukar untuk memahami satu sama lain dapat ditempuhi dengan baik oleh suami isteri.


Beliau berkata dengan adanya modul baharu itu, mereka yang berkahwin akan didedahkan dengan kemahiran untuk melayari bahtera dengan tekanan keluarga, persekitaran, pekerjaan dan sebagainya.

“Terlalu banyak perubahan dalam kehidupan selepas berkahwin yang akan dihadapi, oleh itu dengan adanya modul baharu ini, sekurang-kurangnya boleh menyiapkan pasangan untuk menghadapi tekanan sebegini,” katanya. – BERNAMA

Kategori