Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Sempoi, Cara Kupas...

Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang meraikan pelbagai perayaan. Salah satunya adalah...

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

PERSIDANGAN Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila DAP dilabel sebagai parti perkauman...

Farid Tak Hadir Ke...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari tidak dapat hadir...

Kedai Emas Rugi RM100,000...

ALOR SETAR - Sebuah kedai emas kerugian kira-kira RM100,000 selepas sejumlah barang kemas...

MoF Perlukan Paling Banyak Penambahbaikan Dalam Tadbir Urus

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF)) memerlukan penambahbaikan paling banyak dalam tadbir urusnya dalam kalangan semua kementerian dan agensi, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.

Selepas bertemu dengan kebanyakan pihak yang berkaitan, CEP merasakan bahawa Kementerian Kewangan perlu diperbaiki dalam pelbagai bidang.

“MoF mesti membawa masuk wang dan hasil kepada negara. Ia juga perlu memastikan perbelanjaan tidak dibazirkan, tidak ada rasuah dan perkhidmatan awam tidak harus dipolitikkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas selesai mandat 100 hari majlis tersebut pada 19 Ogos.

CEP ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei dengan objektif memberikan nasihat kepadanya mengenai hal-hal sosio-ekonomi dan kewangan.

Bagaimanapun, Daim tidak menjelaskan apa kelemahan kementerian tersebut, tetapi menegaskan bahawa laporan mengenai beberapa cadangan oleh CEP akan diserahkan kepada kerajaan.

“Cadangan terbabit, jika dilaksana, akan menjimatkan banyak wang kerajaan,” katanya tanpa menyatakan bentuk cadangan itu.

Ditanya mengenai daya maju projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Daim berkata, kosnya terlalu tinggi dan tidak dapat dilaksanakan.


“Tetapi, jika sesiapa (entiti swasta) menganggap ia berdaya maju dan dapat menurunkan kos, biarkan mereka mengambil alih. Sekiranya mereka fikir mereka boleh menghasilkan wang, teruskan tetapi mereka harus sedar bahawa pendapatan dan kos operasi juga penting,” kata Daim.

Sebelum ini, beliau berkata, projek ECRL akan menelan belanja tambahan RM11 bilion berbanding jumlah yang diumumkan sebelum ini sebanyak RM55 bilion.

Sementara itu, mengenai projek kereta nasional ketiga yang dicadangkan oleh Dr Mahathir, Daim secara peribadi merasakan idea itu sebenarnya tidak mengenai mewujudkan kereta nasional tetapi untuk memastikan Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang betul untuk menghadapi masa depan.

“Industri masa depan berada dalam sektor pembuatan, terutama kemahiran kejuruteraan untuk bersaing pada masa akan datang.

“Sektor automotif pada masa ini mempunyai 700,000 pekerjag. Pada masa depan, kita perlu meningkatkan kemahiran kita. Mungkin kita boleh menghasilkan sebuah kereta ASEAN. Bagaimanapun, ia (inisiatif yang memerlukan) pelaburan sektor swasta, bukan oleh kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori