RABAT – Royal Air Maroc (RAM) Maghribi terpaksa membatalkan lebih 160 penerbangan dalam tempoh tiga minggu, ekoran mogok berterusan oleh juruterbang syarikat penerbangan itu, lapor agensi berita Xinhua.
Pada Rabu, satu penerbangan dari Casablanca yang menempatkan lapangan terbang terbesar di Maghribi, menuju ke pusat pelancongan Agadir terpaksa dibatalkan.
Sejak mogok dilancarkan, pertama kali dalam tempoh itu hanya satu penerbangan dibatalkan.
Ketegangan antara syarikat penerbangan dan juruterbang bermula pertengahan Julai selepas rundingan sebulan berakhir tanpa sebarang kata putus.
Persatuan juruterbang menuntut kenaikan gaji, cuti bulanan lebih panjang dari empat ke lima hari sama seperti rakan setugas warga asing.
Media tempatan melaporkan, kedua-dua pihak telah mengadakan beberapa mesyuarat untuk menamatkan mogok, namun tidak berhasil. – BERNAMA