Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

28 Atlet Tergamam Bas...

SERAMAI 28 atlet skuasy Sukan SEA panik apabila bas yang dinaiki terbabit dalam...

Suruhanjaya Perkukuh Keselamatan Data...

KUALA LUMPUR : Kementerian Digital bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia bagi memperkukuhkan...

9 Rakyat Malaysia Cedera,...

KUALA LUMPUR : Sembilan daripada 16 rakyat Malaysia yang menaiki pesawat Singapore Airlines...

Ramkarpal Minta SPRM Jangan...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa menteri-menteri Kabinet...

Mat Sabu Perlu Lebih Berhati-Hati Keluar Kenyataan

KANGAR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sepatutnya lebih berhati-hati dan mengelak daripada terus mendedahkan kelemahan sistem pertahanan negara secara terbuka.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Ismail Abidin berkata, dalam masa sama, kenyataan Mohamad bahawa kedudukan pertahanan negara antara paling lemah juga boleh menyebabkan para anggota tentera terasa hati.

Katanya, sepatutnya segala kekurangan itu disimpan seterusnya menteri berkaitan perlu mencari kaedah terbaik untuk kembali memantapkan pertahanan negara.

“Jangan disebabkan dendam politik kita membongkar habis perkara yang tidak sepatutnya. Tindakan itu tidak menguntungkan Malaysia sebaliknya hanya boleh menyebabkan negara terdedah dengan risiko.

“Saya harap Menteri Pertahanan selepas ini agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan khususnya melibatkan soal pertahanan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta me­ng­u­­las kenyataan Mohamad mengenai ke­dudukan pertahanan negara pada ketika ini berada di tempat paling bawah dalam kalangan negara Asia Tenggara seperti Vietnam yang mana memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.


Sebelum itu, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut mendedahkan mengenai aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk jumlah jet pejuang yang sudah rosak.

Tambah Ismail, pihaknya percaya Mohamad mampu menggalas tugas dengan baik namun dalam masa sama Ahli Parlimen Kota Raja itu perlu sentiasa menjaga tutur kata khususnya apabila sudah bergelar menteri.- UTUSAN ONLINE

Kategori