Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Disaman Sebab...

SEKEPING gambar menunjukkan surat saman yang dikenakan terhadap seorang pemandu lori kini menjadi...

Kapal LMS Dibeli Dari...

KUALA LUMPUR - Empat buah Kapal Littoral Mission (LMS) yang dibeli dari China,...

“Cermat Berdiplomasi, Tolak Campur...

PAS menggesa kerajaan Malaysia agar lebih cermat menangani persaingan antara kuasa besar Amerika...

Bajet 2023: Cuepacs Mohon...

PETALING JAYA – Kerajaan diminta mempertimbangkan permohonan untuk menaikkan gaji penjawat awam menerusi...

Momo Challenge Ragut 2 Nyawa

KOLKATA – Pihak berkuasa di utara Bengal mengambil langkah berjaga-jaga berikutan laporan dua individu membunuh diri setelah menyertai permainan atas talian, Momo Challenge.

Menurut seorang pegawai penguasa, selain menghantar arahan berjaga-jaga ke semua balai polis di daerah berkenaan, pihaknya turut meminta institut pengajian agar mengawasi corak tingkah laku pelajar.

Risalah turut diedarkan kepada orang ramai untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya Momo Challenge.

“Selepas Blue Whale Challenge, kini kita berdepan Momo Challenge yang semakin menular menerusi aplikasi WhatsApp, anggota kami telah diarahkan untuk memantau situasi terkini berhubung kes ini,” katanya.

Sementara itu, laporan mengatakan Momo Challenge telah meragut nyawa seorang remaja berusia 18 tahun, Manish Sarki pada 20 Ogos lalu manakala Aditi Goyal, 26, pula dilaporkan maut sehari selepas itu.


Polis mengesyaki kematian kedua-dua mangsa yang berasal dari Kurseong di daerah Darjeeling itu mempunyai kaitan dengan permainan atas talian berkenaan yang menggalakan pemainnya membunuh diri.

Pakar siber, Sandeep Sengupta menasihati orang ramai agar tidak menerima sebarang ‘jemputan’ untuk menyertai Momo Challenge dari nombor tidak dikenali dan tidak membuka tautan yang mencurigakan. – NDTV/mStar Online

Kategori