Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bagaimana Merkuri Dalam Kosmetik...

PENGGUNAAN merkuri dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian Pentadbiran...

Ulang Tahun Kelahiran Zahid...

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meraikan ulang tahun kelahirannya...

Ashraf Muslim, Isteri Bakal...

PELAKON Ashraf Muslim berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan bakal menimang cahaya mata ketiga...

“Kena Rasuk Gimik Aje...

KUALA TERENGGANU - "Ia hanyalah gimik untuk tarik perhatian pengunjung di Lapangan Terbang...

Mourinho Kecewa Shaqiri Pilih Liverpool

JOSE Mourinho kecewa kerana gagal memintas Liverpool dalam perebutan terhadap Xherdan Shaqiri pada jendela perpindahan pemain yang ditutup minggu lalu.

Jurgen Klopp berjaya memuktamadkan perpindahan Shaqiri sebelum Manchester United mengadakan rundingan terbuka dengan pemain tersebut.

Pengendali kelahiran Portugal itu mahu mendapatkan khidmat bekas pemain Bayern Munich dan Inter Milan itu ke Old Trafford yang hanya bernilai 12.5 juta pound sterling selepas Stoke City tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan.

Namun Mourinho terlambat apabila Klopp bertindak lebih pantas dan memujuk pemain kebangsaan Switzerland itu berpindah ke Anfield, lapor Blick.

Shaqiri dilaporkan kagum dengan corak permainan Klopp dan tidak berfikir terlalu lama untuk menerima tawaran Liverpool meskipun menyedari United turut berminat terhadapnya.


Southampton dan West Ham juga antara kelab yang berminat untuk menyambar Shaqiri.

Shaqiri memulakan penampilan pertamanya bersama Liverpool ketika menundukkan West Ham United 4-0 pada aksi pembukaan tirai kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. – mStar Online

Kategori