Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SPNB Terima Lebih 90,000...

KULIM - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 91,206 permohonan Rumah Mesra...

Jurgen Klopp Yakin Harry...

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp percaya Harry Kane adalah penyerang yang lebih berbahaya berbanding...

Imigresen Perlis Lafaz Ikrar...

KANGAR - Tiga ratus anggota termasuk pegawai Jabatan Imigresen Malaysia melafazkan Ikrar Bebas...

Kastam Kedah Rampas Bunga...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 164 kotak bunga...

Musa Aman Pulang Ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman telah kembali ke tanah air dari London hari ini dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang mengesahkan perkara itu berkata, rombongan membawa Musa tiba dari Seletar, Singapura dan pemeriksaan Imigresen telah diberikan kepada beliau dan penumpang yang menaiki pesawat tersebut.

Katanya bagaimanapun Musa tidak dapat hadir ke kaunter pemeriksaan Imigresen atas sebab kesihatan.

“Dokumen penumpang telah diperiksa dan direkodkan ke dalam Sistem Komputer Jabatan Imigresen”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemeriksaan dokumen Musa dan penumpang lain selesai pada pukul 7 petang.

Mustafar berkata Imigresen juga telah memaklumkan ketibaan Musa itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

“Tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan penumpang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai bertugas”, katanya.

Musa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, dilaporkan melarikan diri ke London pada 17 Mei selepas mewujudkan krisis kepimpinan di Sabah.

Beliau kini dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.


Beliau turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok Anggota Dewan Undangan Negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN), Datuk Syed Abas Syed Ali dilaporkan berkata Musa mempunyai masa hingga 11 Sept depan untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN.

Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan beliau kehilangan kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah pada PRU lepas, namun hilang peluang tersebut selepas beberapa ADUN BN bertindak keluar gabungan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang kini Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Musa meninggalkan Malaysia pada 17 Mei dikatakan untuk menerima rawatan kesihatan di United Kingdom. – BERNAMA

Kategori