Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas YDP Dibebaskan Dengan...

SEREMBAN - Bekas yang dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini...

DAP Akan Pusing Seluruh...

DAP akan menjalankan siri jelajah seluruh negara mulai bulan hadapan bagi "mencari" golongan...

Sesi Pandu Uji Kereta...

KUALA LUMPUR - Sesi pandu uji kereta terbang yang dikhabarkan berlangsung Khamis ini...

Tekak Berlubang Lepas Makan...

WASHINGTON - Sebuah lubang terbentuk di tekak seorang lelaki selepas memakan salah satu...

Najib Cabar Tubuh RCI, Tun M Pengecut?

INI bukan cabaran kecik anak. Najib cabar Kerajaan PH supaya tubuh segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap 4 isu besar yang Tun M dan Lim Guan Eng dakwa wujud penyelewengan. 4 isu itu ialah kehilangan RM18 bilion wang GST, mencuri RM16 bilion kutipan cukai LHDN yang tidak dipulangkan, pembatalan ECRL dan pembatalan TSGP (pemasangan pipeline gas di Sabah).

Lim Guan Eng menggunakan imuniti Parlimen untuk membuat tuduhan kononnya RM18 bilion wang GST hilang. Dia juga mendakwa RM16 bilion wang hasil cukai LHDN yang terlebih bayar hilang dan tidak dipulangkan kepada pembayar cukai. Tetapi Guan Eng pengecut kerana langsung tidak membuat laporan polis, SPRM atau mengambil tindakan mahkamah.

Tun M pula membuat berbagai tuduhan kenapa projek ECRL dibatalkan. Konon harganya mahal, kadar faedah pinjaman adalah tinggi, berlaku rasuah kerana Kerajaan BN minta komisyen 30%, tidak ada exit klausa dalam perjanjian dan projek ini tidak berfaedah kepada rakyat.

Selama 22 tahun pemerintahan autokratiknya Tun M tidak pernah meminta RCI ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadapnya. Beliau dituduh mengamalkan nepotisme, kekayaan luar biasa anaknya, bailout syarikat kroni dan perjanjian berat sebelah yang melibatkan syarikat kroninya. Contoh terbaik ialah perjanjian IPP. Perjanjian itu berat sebelah. TNB dipaksa membeli tenaga walaupun tidak diguna daripada syarikat kroni Tun M seperti YTL. Tan Seri Ani Arope meletak jawatan kerana perjanjian gila itu. Dalam buku memoirnya TS Ani mendakwa “black out” seluruh negara tahun 1992 adalah disengajakan untuk membenarkan pembinaan Penjana Tenaga Bebas (IPP).


Sebaliknya DS Najib secara berani dan gentleman mencabar Tun M supaya tubuh RCI untuk menyiasat 4 dakwaan terhadapnya. Kenapa takut? Apa jadi pada cadangan Lim Guan Eng supaya PAC buat siasatan kedua terhadap isu 1MDB. Bukankah elok PAC itu digantikan dengan RCI sahaja. Genapkan kepada 5 RCI.

Mohd Puad Zarkashi
29.8.2018

Kategori