Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Presiden Menang Pilihan...

MONTEVIDEO - Bekas presiden, Tabare Vazquez menang dalam pilihan raya presiden pusingan kedua...

Isteri Benarkan Wincci Peluk,...

PELAKON jelita, Soo Wincci memberitahu dia berharap tiada peminat yang salah faham apabila...

Eksibit Kes Jong-nam Dibuka...

PETALING JAYA - Eksibit atau barang kes terdiri daripada baju T tertulis nama...

Sukuk Prihatin Hasil Semangat...

PUTRAJAYA - Terbitan Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta yang dilancarkan hari ini adalah...

Najib Dijangka Didakwa Dengan 3 Tuduhan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka didakwa dengan tiga lagi tuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen esok, kali ini membabitkan kesalahan pengubahan wang haram.

Sumber memberitahu NSTP, tiga tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiagaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001.

Seksyen itu menyebut mengenai kesalahan antaranya membabitkan secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi hasil aktiviti haram, memperoleh, menerima, memiliki, mengalihkan atau membawa masuk ke dalam negara hasil aktiviti haram.

Mengikut seksyen itu, jika disabitkan boleh didenda maksimum RM5 juta atau dipenjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Peguam Negara Tommy Thomas dalam sidang media pada April lalu, berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekiranya terdapat lagi kertas siasatan baharu diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


Esok ditetapkan bagi sebutan kes berkenaan.

Pihak mahkamah sudah mengatur persiapan dengan memasang penghadang di lobi mahkamah bagi memudahkan urusan pendaftaran wartawan yang mengikuti prosiding kes berkenaan. – BH ONLINE

Kategori