Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiada Terima Aduan Penjawat...

KONGRES Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (CUEPACS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kakitangan awam...

MIC: Najib Akan Panggil...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden...

AWAS: 251,198 Saman Dalam...

PUTRAJAYA - Sebanyak 251,193 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui...

Taliban Serang Restoran Perancis...

Kabul - Seorang pengebom berani mati Taliban merempuh kereta dipandunya yang berisi bahan...

Najib Sambut Merdeka Dengan Pelajar Tahfiz

SEDERHANA… Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-61 bersama pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifiqiyah.

Majlis bermula dengan solat fardu Maghrib, bacaan Yasin, tahlil, solat sunat hajat dan kemudian solat Isyak secara berjemaah bersama-sama pelajar tahfiz itu di di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah dapat sertai majlis tahlil dan solat hajat sempena ulangtahun Kemerdekaan Ke-61 negara bersama pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifiqiyah malam ini,” kata Najib dalam hantaran menerusi Facebook.


Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pernah mencatatkan tragedi apabila 21 pelajar berusia enam tahun hingga 16 tahun dan dua warden berumur 20-an syahid dalam satu kebakaran disabotaj pihak luar pada 14 September 2017.

Pusat tersebut kemudian dibaiki dan dibangunkan semula dengan sumbangan pelbagai pihak. Pelajar tahfiz itu sering dijemput membaca doa selamat dan bacaan Yasin setiap malam Jumaat di kediaman Najib di ibu negara. – Mynewshub.tv

Kategori