Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bicara Kes Rasuah Abdul...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez...

14 Dituduh Anggotai Kumpulan...

GEORGETOWN : Seramai 14 individu termasuk dua wanita dan seorang warga Bangladesh didakwa...

Shahidan Kemuka Usul Tergempar...

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau,...

‘Penuntut Universiti Oxford’ Tipu...

SEORANG wanita dari London, Nicola Boardman, 34, tergamak menipu kedua-dua ibu bapanya, Frank...

Najib Tidak Pernah Campur Urusan Parti

JELAS… Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mencampuri urusan hal pentadbiran parti sejak meletakkan jawatan.

Malahan Annuar berkata, UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan saf kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu, urusan parti itu sebenarnya tiada masalah pun dari segi pentadbiran.

Bahkan mengulas dengan lebih lanjut beliau berkata, barisan kepimpinan baharu parti keramat Melayu itu juga telah memulakan pelbagai transformasi dan aktiviti UMNO di seluruh negara melibatkan semua peringkat.

“Kenapa hendak tuduh DSN (Datuk Seri Najib) mencampuri hal pentadbiran UMNO? Sejak beliau meletakkan jawatan, beliau tidak pernah campur hal pentadbiran parti.

“Perjuangan parti kita teruskan walaupun tanpa DSN, malah beliau sendiri amat konsisten berpendirian bahawa UMNO itu lebih penting dari individu…inilah rahsia kekuatan kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 10 Ogos lalu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menggesa kepimpinan UMNO bertindak berani melaksanakan langkah drastik, termasuk menyingkirkan Najib daripada parti itu.

Ini perlu dilakukan sekiranya UMNO mahu terus memperbaiki imej parti tunjang Barisan Nasional (BN) tersebut yang kini sudah musnah pada mata rakyat dan ahli parti itu sendiri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.


Susulan kenyataan berkenaan, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menyatakan pendirian yang sama.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Najib akan terus dihormati sebagai seorang bekas presiden yang setia kepada parti, apatah lagi beliau amat berjasa kepada UMNO, BN dan negara.

“Najib juga masih lagi ahli UMNO setia dan merupakan Ketua UMNO Bahagian Pekan yang dipilih semula, selain kekal menjadi wakil rakyat di Parlimen Pekan selepas menang PRU baru-baru ini.

“Sebagai ahli Parlimen, beliau juga ada hak tertentu yang dijamin oleh perlembagaan parti. Itu mesti di hormati,” kata Annuar yang sebelum itu pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori