Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Esok Keputusan Najib, Arul...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan esok sama ada Datuk...

Nanah Dalam Otak, Adik...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak siapa yang mahu sepanjang...

PRU-14: Orang Muda Mengundi...

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta orang muda akan mengundi buat pertama kali...

Amy Kwan Menang Pingat...

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA...

Nak Hapus BR1M Jangan Sampai Hina Orang Miskin!

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kalau pun mahu menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jangan sampai menghina golongan miskin.

Bekas menteri kabinet, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, BR1M oleh kerajaan I terdahulu bukan untuk menjadikan golongan miskin kepada kaya, sebaliknya membantu meringankan hidup mereka.

Malah, kata beliau, BR1M adalah bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersasar dan peruntukannya datang daripada penstrukturan ekonomi Malaysia sebelum ini.

“Sudahlah dihapuskan, ada pemimpin PH yang sanggup kata kalau nak duit lebih, nelayan, petani, peneroka dan orang miskin kena kerja lebih kuat

“BR1M bukan nak bagi mereka kaya. BR1M untuk bantu mereka. Banyak negara diseluruh dunia buat program yang sama. Singapura buat. Saudi Arabia (Arab Saudi) pun buat,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan BR1M yang bertujuan membantu rakyat yang memerlukan akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan sepenuhnya

Beliau dipetik mendakwa, ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Mahathir yang juga Pengerusi PH menegaskan, rakyat tidak sepatutnya merasakan mereka boleh mendapatkan wang tanpa bekerja.

Pengumuman Mahathir itu mendapat sokongan padu pemimpin kerajaan PH termasuk Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa BR1M sebagai rasuah sekali gus membawa erti penerima BR1M sebagai penerima rasuah.

Penyokong PH di media sosial turut mempertahankan pemansuhan BR1M dengan menyifatkan penerimanya yang terdiri daripada warga emas dan keluarga berpendapatan rendah sebagai golongan pemalas.

Sementara itu, Abdul Rahman mempersoalkan mengapa janji kerajaan PH untuk menghapuskan semua tol sejurus menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak dilaksanakan, sebaliknya janji mereka kononnya untuk meneruskan BR1M semasa kempen PRU-14 pula dihapuskan. – MYNEWSHUB.TV

Kategori