Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hanya 17 Sektor Perkhidmatan...

PUTRAJAYA - Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali 17 sektor...

Awasi Pergerakan Jari Pada...

KUALA TERENGGANU - Pengendali senjata api dinasihat agar lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan...

Enam Terbunuh Serangan Israel...

GAZA - Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya enam Palestin di Semenanjung Gaza semalam dalam...

Kolej KLIA Mahu Jadi...

KUALA LUMPUR - Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA (Kolej KLIA) berharap status institusi...

Naluri Bapa Yakin Anak Masih Hidup

KEMAMAN – “Naluri saya kuat mengatakan Khairil Ikmal Danial masih hidup, mungkin terdampar di mana-mana. Kami sekeluarga berharap dia ditemui secepat mungkin dalam keadaan selamat.”

Begitu luahan Zamzuradi Othman, 46, mengenai anaknya yang masih hilang akibat dibawa ombak besar ketika mandi-manda bersama beberapa rakan di pantai Telok Kalong, Kemaman, petang semalam.

Menurut Zamzuradi, anak kedua daripada empat beradik itu seorang yang periang, peramah dan suka melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

“Malam sebelum kejadian, dia ada memberitahu hasrat untuk memancing di Teluk Kalong bersama kawan-kawan, namun saya nasihatkan tidak pergi kerana kawasan itu agak merbahaya dan banyak kejadian lemas berlaku sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Pagi semalam, saya dan isteri, Anita Ayob, 42, pergi ke Kuala Terengganu untuk urusan keluarga, saya sangka dia sudah batalkan aktiviti memancing itu, namun saya terima panggilan telefon dari kawannya yang memaklumkan anak saya dikhuatiti lemas petang semalam,” jelasnya.

Khairil Ikmal Danial, pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan di Politeknik Kota Bharu, adalah antara tiga sahabat yang hanyut dibawa ombak besar kira-kira 6.00 petang semalam. Kesemua mereka berusia 19 tahun.

Pada 4.30 pagi ini, mayat Shahir Aqil Shahrun dijumpai pada jarak 500 meter dari pusat kawalan bomba di pesisir pantai.


Misi mencari dan menyelamat Khairil Ikmal Danial dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir masih diteruskan dengan kekuatan 53 anggota penyelamat pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Rela, Angkatan Pertahanan Malaysia dan sekumpulan nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan Kijal.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata misi mencari diperluas kepada dua kilometer radius dari lokasi kejadian.

“Kesukaran dalam operasi kali ini ialah tiupan angin dijangka bertambah kuat dengan ombak semakin tinggi serta arus semakin deras pada petang nanti,” katanya.

Beliau berkata mana-mana kapal yang mengesan objek mencurigakan turut diminta memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat. – BERNAMA

Kategori