Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

30 November – 1...

KUALA LUMPUR - MCA pada Isnin memutuskan 30 November hingga 1 Disember sebagai...

Kubur Pelarian: Pasukan Keselamatan...

DALAM perkembangan terkini kes penemuan 139 kubur di sempadan Malaysia-Thailand beberapa hari lalu, pihak...

Artis Popular Konsert Tanpa...

KUALA LUMPUR - Buat julung kali dalam sejarah arena hiburan antarabangsa, Malaysia bakal...

Bapa Maafkan Wanita Yang...

SYDNEY - Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut, selepas sebuah kereta dipandu...

NC UUM Dipecat Jadi Mangsa Dendam Politik PH?

ALAHAI… Ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada perutusan khas sempena 100 hari Pakatan Harapan (PH) berkuasa beri jaminan tiada politik balas dendam, lain pula berlaku.

Semalam, komuniti akademik tempatan gempar apabila Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dipecat oleh pihak Kementerian Pendidikan tanpa beri sebarang alasan kukuh.

Ia kebetulan berlaku kurang 24 jam tersebar mesej tular menerusi media sosial mengenai berita pemecatan dirinya dalam kalangan warga UUM sendiri genap pada hari ke-100 PH tawan negara ini daripada Barisan Nasional (BN).

Berdasarkan maklumat disebarkan itu, Lembaga Pengarah UUM yang bersidang petang kelmarin di Sintok, Kedah mengambil maklum keputusan Kementerian Pendidikan pecat Mohamed Mustafa daripada jawatan disandangnya.

Walhal beliau masih lagi mempunyai kontrak jawatan Naib Canselor itu sehingga Jun tahun depan dan digantikan secara tiba-tiba oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek yang melantik Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani.

Penolong Naib Canselor, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM serta pernah menjadi Profesor Pelawat Universiti Bakrie, Jakarta, Indonesia bakal jadi Naib Canselor UUM berkuat kuasa 26 Ogos ini.

Ironi, semua maklum, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk sambung perkhidmatan Mohamed Mustafa sebagai Naib Canselor UUM sehingga Jun 2019.

Sementara itu, Mohamed Mustafa ketika dihubungi akhbar tempatan namun enggan mengulas isu pemecatan beliau tanpa sebab munasabah di sebalik dakwaan banyak pihak bahawa tindakan tersebut lebih bersifat politik dendam.


“Saya serah kepada Kementerian Pendidikan untuk membuat kenyataan rasmi,” katanya ringkas. Hakikatnya UUM bukan pusat pengajian tinggi pertama berbuat demikian selepas PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Beberapa buah universiti awam turut menyaksikan peralihan ketua pentadbiran mereka dengan pihak Kementerian Pendidikan pula sekadar beri alasan pelik bagi reda kemarahan warga pendidik dan pelajar institusi berkenaan.

Sebelum ini, Maszlee pernah beri amaran kepada pensyarah universiti untuk sokong kerajaan PH atau segera letak jawatan selain berang apabila didapati ada beberapa naib canselor yang masih lagi berpendirian cenderung pro-BN.

Mohamed Mustafa dilantik sebagai Naib Canselor UUM sejak Jun 2010 bagi ganti Tan Sri Dr. Nordin Kardi, yang juga bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara; dan bersara jawatan tersebut selepas berkhidmat selama lima tahun.

Beliau yang diketahui sebagai rapat dengan kepimpinan UMNO, pernah menjadi Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara yang kemudian dibubarkan oleh PH. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori