Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KTMB Lancar Perkhidmatan Kargo...

PELABUHAN KLANG - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada lewat Rabu berjaya melancarkan...

CAP Cadang Haramkan Iklan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan 10 langkah drastik kepada...

Just how to Produce...

Bullying contains behaviors that are centered on making another person feel insufficient, or...

Malaysia Sekat Salad Import...

KUALA LUMPUR - Produk salad dari Australia yang dilaporkan dicemari bakteria Salmonella tidak...

Nekad Terjun Dari Tingkat 2 Untuk Selamatkan Diri

KUALA LUMPUR – Pasangan warga emas nekad terjun dari tingkat dua rumah mereka ke atas sengkuap rumah bersebelahan bagi menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah mereka di Taman Sri Gombak, di sini awal pagi ini.

Menceritakan detik cemas itu, Aznin Ishak, 61, berkata dia bersama-sama Ahmad Zabidi Abd Rashid, 67, menyedari kebakaran itu selepas mendapati asap memenuhi rumah mereka kira-kira 2 pagi.

Katanya dia terus mengejutkan anak dan menantu yang berada di bilik bersebelahan sebelum mengambil keputusan untuk terjun.

“Ketika kami berada di atas ‘awning’ (sengkuap) rumah anak sulung kami itu, menantu membantu saya turun bagaimanapun suami tergelincir dan terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia.

“Anak dan menantu serta dua cucu iaitu lelaki berusia dua tahun dan bayi perempuan berusia sebulan pula dibantu oleh jiran untuk keluar dari pintu belakang ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, menantu mereka, Nor Mazmin Che’ Ad, 38, yang tinggal di rumah bersebelahan berkata ketika kejadian itu, api sedang marak dan mendengar bunyi kaca pecah serta asap tebal.


“Saya keluar dari rumah dan melihat ibu mentua saya berada di atas awning rumah sebelum membantunya untuk turun,” katanya.

Katanya jenazah bapa mentuanya dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata kebakaran pada 2 pagi itu dipercayai bermula dari bahagian bawah rumah itu, menyebabkan ia terbakar 70 peratus.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori