Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kaedah Menilai Pembangunan Manusia...

IPOH - Kaedah umum yang digunakan untuk menilai pembangunan dan kemajuan manusia di...

Himpunan Bantah RUU 355...

PETALING JAYA - Sekitar 100 orang sahaja membanjiri dataran Taman Jaya di sini...

Polis Perlis Anjur Derma...

KANGAR - Sempena sambutan Hari Polis ke-211,​ Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis​​​​...

Lemas Hidu Asap Dalam...

Sungai Petani - Lelaki berusia 35 tahun maut selepas lemas terhidu asap di...

Nelayan Kemboja Lemas Di Teluk Bahang

GEORGE TOWN – Seorang nelayan warga Kemboja maut selepas terjatuh ke laut dari bot dinaikinya ketika sedang melabuh pukat tunda di 25 batu nautika perairan Teluk Bahang, dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata lelaki dikenali sebagai Chon Choey, 30, itu gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu selepas terjatuh ke dalam laut kerana kaki dan tangannya terbelit pada tali pukat tunda manakala keadaan arus laut kuat.

“Selepas mangsa terjatuh ke dalam laut, tekong bot nelayan itu terus mematikan enjin botnya manakala dua lagi awak-awak terjun ke dalam laut dan cuba menyelamatkan lelaki itu.

“Mereka berjaya membawa lelaki itu naik ke atas bot dan memberi bantuan kecemasan kepadanya tetapi dia gagal diselamatkan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu mempunyai pas perjalanan dan permit kerja yang sah. Mayatnya telah dituntut keluarga dan akan dihantar pulang ke Kemboja. – BERNAMA

*Video dibawah sekadar hiasan

Kategori