Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015: TM Hargai...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM) menghargai pengiktirafan kerajaan terhadap pentingnya Jalur Lebar...

Making a Folded UpGlued...

EssayThinker can be an professional article writing service accessible on the web to...

Usul Putus Hubungan UMNO-Bersatu...

KUALA LUMPUR - Setelah lebih tiga jam bermesyuarat malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi...

Netizen Pelik Menteri Bantah...

KUALA LUMPUR – Warga maya hairan apabila ada dalam kalangan menteri Kabinet menyuarakan...

NIOSH Perkenal Inisiatif Khas Untuk Bakal Pekerja TVET

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah memperkenalkan inisiatif khas untuk bakal pekerja dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata program dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi Institusi Pendidikan Tinggi (SHOR ) itu membolehkan pelajar TVET mendapatkan sijil kompetensi profesional semasa sedang mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT).

“Program ini akan 100 peratus dikendalikan oleh NIOSH di premis IPT untuk membantu meminimumkan kos dan menjamin kualitinya. Ia akan membantu mereka menjimatkan masa kerana inisiatif ini memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan sijil keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) semasa sedang belajar di IPT,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lee berkata NIOSH juga akan menganjurkan bengkel persediaan peperiksaan dan menyediakan empat kertas peperiksaan penuh bagi program itu.

“Ini adalah sebahagian usaha NIOSH untuk memperkasakan bakal pekerja serta membantu dalam mengurangkan kemalangan di tempat kerja di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori