Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Keluarkan Alat Sulit...

BUKAN sekali dua kita mendengar kes penumpang wanita diraba oleh lelaki ketika menggunakan...

Wanita Bulan Madu Sendirian...

SEORANG isteri yang kesunyian kerana suaminya tidak mendapat visa untuk percutian bulan madu mereka...

HPP Dapat 2 Mesin...

GEORGE TOWN – Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini menerima dua mesin untuk...

Institusi Yang Di-Pertuan Agong...

KUALA LUMPUR - Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol perpaduan semata-mata-mata, sebaliknya...

Nurul Izzah Kemuka Pencalonan Pertahan Jawatan Naib Presiden PKR

PETALING JAYA – Nurul Izzah Anwar hari ini mengemukakan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan naib presiden pada Pemilihan PKR, bulan depan.

Borang pencalonan beliau diserahkan wakilnya, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil kira-kira 2.30 petang selepas proses pencalonan hari ini berehat untuk makan tengah hari.

Fahmi berkata Anggota Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir kerana berada di kawasannya.

Setakat tengah hari tadi, dua calon mengemukakan pencalonan jawatan tersebut iaitu Anggota Parlimen Selayang, William Leong dan bekas ahli majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Michael Tamil.

Sementara itu, Fahmi dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon merupakan antara calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan PKR kali ini.

Mereka mengemukakan sendiri borang pencalonan mereka kira-kira 2. 30 petang selepas waktu rehat tengah hari penamaan yang berlangsung hari ini.

Setakat tengah hari tadi, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Ismail Yusof berkata, pihaknya menerima 22 borang pencalonan bagi jawatan MPP.


Fahmi berkata setakat ini, beliau masih memegang jawatan Pengarah Komunikasi PKR sehingga parti itu melantik individu lain menggantikan tempatnya.

“Pihak media masih boleh menghubungi saya bagi mengesahkan isu berkaitan parti kecuali mengenai pemilihan,” katanya kepada pemberita.

Selain beliau, Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Kamaruddin Jaafar juga mengemukakan pencalonan bagi jawatan MPP yang menawarkan 20 tempat. – BERNAMA

Kategori