Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Pemain Argentina Independiente...

JOHOR BAHRU - Pemain dari kelab Argentina Independiente, Juan Martin Lucero menyertai pasukan...

10 Kenderaan Parkir Rosak...

PUTRAJAYA - Sepuluh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks...

Keluarga TGNA Mohon Pulangkan...

ANAK Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Asma' Salsabila mendedahkan di laman...

Perwakilan Beri Reaksi Positif...

KUALA LUMPUR - Para perwakilan UMNO menyambut baik dan memberikan reaksi positif terhadap...

Op SAR Pati Di Tanjung Penyusup Dihentikan

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendatang asing tanpa izin yang masih hilang selepas terjun daripada bot dinaiki di perairan Tanjung Penyusup dekat Kota Tinggi, Sabtu lepas, dihentikan malam tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Kepten Sanifah Yusof berkata operasi ditamatkan pada 7 malam selepas tiada penemuan mangsa.

“Operasi akan diaktifkan semula sekiranya ada penemuan baharu mangsa yang masih hilang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sanifah berkata daripada kesemua 24 rakyat Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, 12 masih hilang manakala 12 lagi dijumpai dengan lima daripadanya hidup dan tujuh yang lain meninggal dunia akibat lemas.

Beliau berkata pihaknya menyeru orang ramai menghubungi APMM pada talian 07-2199401 sekiranya menemui mangsa kejadian berkenaan. – BERNAMA

Kategori