Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sokongan Muhyiddin Merosot Tapi...

SEPERTI pelik bukan, tapi itulah realiti. Jadi tidak keterlaluan jika dikatakan dalang disebalik...

DBKL Kaji Cadangan KLFA...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian...

PH Tidak Akan Haram...

ANGKUH... Sebelum ini, seorang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dengan angkuh dakwa jika...

Noraini Ahmad Pengerusi PAC...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parit Sulong dari BN, Datuk Dr. Noraini Ahmad...

Operasi Musim Haji 1439H Pada Tahap Baik

SEPANG – Operasi keseluruhan Musim Haji 1439H mencapai tahap yang baik dan membanggakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

“Melalui lawatan dan pemerhatian sepanjang berada di sana, boleh saya katakan hampir 90 peratus daripada sasaran rancangan kita tercapai,” katanya pada sidang media sebaik tiba di tanah air di sini hari ini.

Bagaimanapun, jemaah telah diuji ketika menjalankan tuntutan rukun Islam kelima itu apabila berhadapan dengan ribut pasir dan angin kencang sehari sebelum wukuf di Arafah yang menyebabkan kerosakan kecil di khemah-khemah jemaah.

“Namun apa yang penting keadaan semua jemaah selamat dan kerosakan telah dibaiki dengan secepat mungkin,” katanya.

Tambahnya, satu kemalangan kecil bas yag dinaiki oleh jemaah Malaysia telah berlaku semasa perjalanan dari Mina ke Makkah yang menyebabkan sembilan jemaah mengalami cedera ringan.

“Saya difahamkan Tabung Haji akan menjalankan post mortem dan mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan perkhidmatan sebaik sahaja selesai musim haji ini… namun majoriti jemaah berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan Tabung Haji,” katanya.

Antara penambahbaikan yang dilaksanakan pada tahun ini ialah program pra-pelepasan imigresen, pemasangan pendingin hawa di Arafah, pemasangan lantai seramik di kebanyakan khemah di Mina serta pembukaan Kompleks Tabung Haji Sepang.


Dalam pada itu, katanya, setakat ini jumlah kematian jemaah Malaysia dicatatkan ialah 16 orang yang disebabkan oleh penyakit serangan jantung, jangkitan kuman dalam paru-paru, lelah dan radang paru-paru.

“Pada keseluruhannya saya melihat tahap kesihatan jemaah haji kita adalah baik hasil program kesedaran dan maklumat kesihatan sejak di tanah air lagi dan pemantauan oleh petugas perubatan semasa di Tanah Suci,” katanya.

Menteri berkenaan turut merakam penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi di atas kemudahan yang diberikan kepada semua jemaah terutamanya kepada jemaah dari Malaysia serta sokongan kepada pengurusan Tabung Haji.

Mujahid berkata para jemaah haji akan pulang ke tanah air secara berperingkat dengan penerbangan pertama dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 29 Ogos pukul 5.00 petang (waktu Malaysia). – BERNAMA

Kategori