Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Model Wajah Hodoh Hiasi...

AGENSI dikenali sebagai Ugly Model menarik perhatian dunia apabila menyediakan perkhidmatan model hodoh...

Pembangunan Jeti Kuala Pahang...

PEKAN - Mereka yang pertama kali tiba di perkampungan nelayan Kuala Pahang di...

Nahas Bas: Isteri Pemandu...

MUAR - Isteri pemandu bas ekspres, yang cedera dalam kemalangan di KM137.3 Lebuh...

Susukan Anak Di Khalayak:...

HEBOH se-Malaya apabila terdapat sejumlah ibu-ibu mengadakan satu perhimpunan beramai-ramai menyusukan anak-anak berserta...

Orang Utan Logo TMM 2020 ‘Dihilangkan’

KUALA LUMPUR – Imej orang utan bercermin mata mungkin ‘dihilangkan’ daripada logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, berkata ia adalah antara pembaharuan dalam logo berkenaan yang mendapat kecaman selepas dilancarkan awal tahun ini.

Logo berkenaan dilancarkan oleh bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pada Forum Pelancongan Asean (ATF) 2018 di Chiang Mai, Thailand, Januari lalu.

Mohamaddin berkata, proses penambahbaikan logo itu akan dilaksanakan menerusi satu pertandingan yang akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.

“Kita akan ubah suai satu atau dua bahagian. Kita tidak akan buang seluruh logo itu, mungkin orang utan yang pakai kaca mata itu kita hilangkan atau perjelaskan imej KLCC (Menara Berkembar Petronas) dalam logo berkenaan.

“Ramai mengkritik dan cakap logo itu tak cantik. Kalau saya sebagai menteri baharu masuk cakap logo itu cantik, memang tak betullah,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Prapelancaran Persekutuan Perpustakaan dan Institusi Antarabangsa (IFLA) Kongres Perpustakaan dan Maklumat Dunia (WLIC) 2018 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Mohamaddin mengulas cadangan penambahbaikan logo TMM 2020 yang mendapat kritikan dan pandangan negatif pelbagai pihak selepas dilancarkan, awal tahun ini.

Logo seperti setem itu memaparkan imej KLCC dan orang utan, monyet bercermin mata dan penyu memakai cermin mata hitam, dikecam dengan rata-rata menyifatkannya sebagai tidak berkualiti.

Mohamed Nazri sebelum ini mempertahankan logo berkenaan dan mempercayai jabatan dalam kementerian yang bertanggungjawab mencipta logo berkenaan. – BH Online

Kategori