Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Geng Celepets Bergabung Demi...

LAMA tidak berkumpul bersama, akhirnya ketujuh-tujuh selebriti cantik yang mengelarkan geng mereka sebagai...

Jabatan Imigresen Sarawak Tahan...

KUCHING - Jabatan Imigresen Sarawak (JIS) berjaya menangkap 1,562 pendatang asing tanpa izin...

“Jika Perlu, Pecat ‘Badut’,...

MENGHAMPIRI setahun pemerintahan PH di Malaysia, Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir...

Lebih 400 Sertai Treasure...

KUALA LUMPUR - Lebih 400 peserta menyertai program Treasure Hunt Wilayah Persekutuan, yang...

Pakaian Seksi Itu Ezzaty Tunjuk Suami Dahulu

PELAKON Ezzaty Abdullah memberitahu dia terpaksa berpakaian seksi bagi membawakan watak ‘ibu ayam’ dalam drama KL Gangster Underworld.

Bagaimanapun Ezzaty, 28, berkata, pemakaian tersebut tidak keterlaluan dan ada batasan yang ditetapkan.

“Saya diminta berpakaian seksi untuk membawakan watak ini, kena pakai skirt dan seluar pendek tapi ada batas seksi yang saya tetapkan untuk diri saya.

“Seksi ada limit dan pakaian yang diminta saya pakai biasanya saya akan tunjukkan dahulu kepada suami,” ujarnya kepada mStar Online.

Ezzaty bawa watak ibu ayam dan kekasih Beto Kusyairi.

Ezzaty ditemui di majlis pelancaran drama terbitan Iflix yang disiarkan secara dalam talian sejak Khamis, pukul 6 petang di saluran itu.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini memberitahu dia menolak ketika diminta membawakan watak sebagai perokok.

Katanya, tiada adegan merokok adalah salah satu prinsip yang tidak dilanggar sejak menceburi dunia lakonan.

“Sepatutnya saya kena merokok bagi menhidupkan watak Elina tapi saya menolak kerana itu prinsip yang saya pegang dari dulu.


“Jika mereka mahu juga saya merokok mungkin saya tolak tawaran ini. Bagi saya perempuan tidak sepatutnya merokok,” ujarnya.

Ezzaty
Pakaian Seksi Itu Ezzaty Tunjuk Kepada Suami Dahulu
Barisan pelakon KL Gangster Underworld.

Sementara itu, menyentuh babak intim, Ezzaty berkata, dia yang bergandingan dengan pelakon Beto mengakui adegan itu tidak dilakukan secara terperinci.

“Masa mula penggambaran lagi Beto tanya saya had sampai mana yang boleh kami lakonkan. Bila kami berbincang dan dua-dua setuju melakonkan secara asas untuk menyampaikan maksud sahaja tidak keterlaluan pun,” ujarnya.

Drama KL Gangster Underworld yang diterbitkan oleh Skop Production ini diarahkan oleh Faizal Ishak.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nabila Huda, Beto Kusyairi, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim dan Dynas Mokhtar. – mStar Online

Kategori