Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tingkat Kemudahan Perumahan &...

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai...

Pelajar Perlu Sediakan Kertas...

BETAPA pelik apabila mendengar berita konon sebuah sekolah di Pulau Pinang; satu negeri...

Kanak-Kanak 3 Tahun Memahami...

IA merupakan situasi yang menyayat hati di mana seorang kanak-kanak berusia tiga tahun,...

JPJ Panggil 91 Pemilik...

KUALA LUMPUR - JPJ telah mengeluarkan 91 notis temu siasat kepada pemilik kenderaan...

Pakatan Harapan Selamatkan Atau Musnahkan Malaysia?

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya lalu berkempen untuk kononnya menyelamatkan Malaysia dari masalah yang didakwa sedang memusnahkan negara.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa sedang membawa Malaysia di atas landasan yang salah.

Diulang-ulang masalah 1MDB dan kos sara hidup yang dituduh disebabkan oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sekarang PH sudah memerintah negara dan sudah lebih dua bulan mereka menjadi kerajaan di peringkat persekutuan.

Apa yang dilihat sekarang ialah PH hanya memperbesarkan masalah yang kononnya diwarisi daripada kerajaan BN, daripada hutang yang dikatakan berjumlah RM1 trilion hingga masalah sosial di kalangan rakyat.

Banyak projek mega yang dikritik dulu diteruskan dan cuba diubah syarikat pelaksananya malah ada juga kontrak baharu dinugerahkan sejurus selepas PH menang.

Dakwaan jual negara kepada China dulu pun sudah tidak disebut lagi, kerana jelas dakwaan itu palsu dan bertujuan menakutkan rakyat.

Projek-projek besar seperti kereta nasional ketiga sudah mula dibincang secara serius, dan perlumbaan F1 juga sudah mula difikirkan semula.

Pada masa yang sama, sistem percukaian GST yang telah dibina dengan baik sedang mahu diubah dan diganti dengan cukai yang lebih tidak efisyen, SST.

Dari segi ekonomi, bab cukai ini jelas bukan nampaknya untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi menyelamatkan golongan peniaga.

Ini bukan menyelamatkan Malaysia tapi menjahanamkan Malaysia.


Dalam kehidupan sosial rakyat, di bawah PH provokasi terhadap agama Islam dan Melayu meningkat dengan mendadak.

Setiap hari ada sahaja kes baharu yang boleh disaksikan di media sosial, dilakukan oleh penyokong PH yang sebahagian besarnya bulan Melayu.

Provokasi meningkat setiap kali timbul isu yang menyentuh Islam, seperti tuntutan hak mengenakan pakaian menutup aurat untuk krew penerbangan.

Malah penyokong PH berbangsa Melayu sendiri sudah dicucuk hidung dan sekadar menjadi macai yang akan bermatian menyokong tuan politik mereka.

Lihat sajalah beza cara mereka menangani isu menyentuh kaum dan agama lain yang lunak tetapi awal-awal lagi sudah mengugut Jakim dan Iksim.

Ramasamy yang dikaitkan dengan teroris LTTE boleh diraikan dan diselamatkan walaupun laporan polis berdasarkan fakta sudah dibuat.

Jadi apa yang boleh dikatakan tentang kerajaan PH ini? Mereka tidak menyelamatkan Malaysia tetapi memulakan satu budaya yang merosakkan.

Apa lagi yang boleh diharapkan kalau menteri menjaga hal agama Islam sendiri berkata beliau mahu menjaga semua agama dan bukan agama Islam sahaja. – Mynewshub.tv

Kategori