Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama...

SONGKLA - Seorang rakyat Malaysia ditahan bersama-sama 520 kilogram ganja yang disembunyikan dalam...

Hasrat Anak Kapal MH17...

SEPANG - Anak kapal Malaysia Airlines (MH17), Shaikh Mohd Noor Mahmood sepatutnya bertugas...

Roger Ng Dinafi Ikat...

KUALA LUMPUR - Makamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas ahli...

Nubhan Doa Mohon Diberi...

SEBELUM ini, tersebar di laman sosial cerita penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Nubhan dan...

Pakistan Mula Langkah Jimat Cermat, Gesa Bayar Cukai

PERDANA MENTERI baharu Pakistan, Imran Khan mengumumkan rancangan berjimat-cermat dan menggesa golongan kaya negara itu mula membayar cukai.

Dalam ucapan pertamanya sebagai perdana menteri pada Ahad, Khan mengumumkan langkah-langkah tersebut untuk mengurangkan perbelanjaan negara dan meningkatkan hasil.

Antara perkara utama yang akan dilakukan ialah menjual kereta-kereta kalis peluru yang dikhususkan untuk perdana menteri.

Dalam ucapan itu, Khan turut menerangkan rancangannya untuk “Pakistan Baharu” termasuk memperkenalkan sistem negara kebajikan Islam, mengurangkan kadar kemiskinan dan mengurangkan kadar hutang.

“Kita telah hidup dengan tabiat buruk bergantung pada hutang dan bantuan dari negara luar,” kata Khan.

Khan bagaimanapun tidak menjelaskan rancangan menangani krisis mata wang, yang menurut penganalisis akan memaksa Pakistan meminta bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Bekas pemain kriket lagenda itu dalam ucapannya memberi tumpuan pada hutang dan bekas gabenor bank negara Ishrat Husain akan mengetuai pasukan khas membantu melaksanakan dasar jimat cermat.

Beliau mengkritik apa yang disifatkan sebagai minda era kolonial dan gaya hidup mewah elit pemerintah Pakistan.

Khan berkata beliau akan tinggal dalam rumah yang sederhana dan tidak mendiami kediaman rasmi perdana menteri yang mewah.


“Saya mahu beritahu rakyat saya, saya akan hidup sederhana dan menjimatkan wang anda,” katanya.

Beliau turut merayu warga Pakistan yang tinggal di luar negara agar melabur di Pakistan dan golongan kaya mula membayar cukai.

Golongan kaya Pakistan mengelak daripada membayar cukai dan kurang daripada 1 peratus memfailkan cukai pendapatan.

“Membayar cukai ialah tanggungjawab anda.

“Anggaplah ia sebagai satu jihad untuk kebaikan negara anda,” katanya.

Beliau menamakan 21 orang anggota kabinetnya hujung minggu lalu, yang kebanyakannya ahli politil berpengalaman.

Pilihan beliau dikritik kerana lebih kurang separuh kabinetnya pernah berkhidmat di bawah pemimpin diktator tentera Pervez Musharraf dan merupakan sebahagian pemerintahan lama. – Reuters/Mynewshub.tv

Kategori