Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kecoh Surat Anwar Dedah...

ALKISAH ketika ramai pemimpin atasan PKR mulai selesai 'bertuankan' Tun Dr. Mahathir Mohamad,...

Pemaju Perumahan Disaran Bina...

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran untuk mewajibkan pemaju membina sekolah di kawasan perumahan...

IRDA Catat RM13 Bilion...

Kuala Lumpur : Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) mencatatkan RM13 bilion nilai...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Duta Khas...

Pakistan Tetap Perlukan Pelaburan China

WALAUPUN sebelum ini projek berbilion dolar Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) dikaitkan dengan korupsi, Pakistan di bawah kerajaan baharu akan tetap menjadikan hubungan dengan China satu prioriti.

Sebelum ini, projek pelaburan China dikaitkan dengan bekas perdana menteri Nawaz Sharif yang telah dihukum penjara atas kesalahan korupsi.

Bagaimanapun, perdana menteri baharu Pakistan, Imran Khan akan meneruskan projek berbilion dolar itu kerana hubungan dengan China tidak boleh dikorbankan.

China sebagai negara jiran yang berkuasa tidak boleh dipinggirkan oleh Pakistan demi kepentingan ekonomi dan politiknya.

Islamabad akan menilai semula beberapa projek tetapi akhirnya akan meneruskan sebahagian besar projek yang bakal menyumbang kepada kemajuan Pakistan itu.

Imran Khan telah menjalankan kempen yang populis, menjanjikan korupsi dibanteras, ekonomi dipulihkan dan Pakistan meningkat maju.

Tetapi janji ini sukar ditunaikan kerana pelbagai masalah yang melanda Pakistan yang turut disebabkan oleh parti politik seperti partinya sendiri.

Parti politik tetap akan menjaga penyokong dan tokoh-tokoh berpengaruh yang menyokong mereka, termasuk yang dikaitkan dengan korupsi.


Ini menyebabkan janji menghapuskan korupsi terhalang oleh banyak faktor seperti ini.

Bagi Pakistan, China ialah penyumbang kepada pelaburan dan bantuan yang sangat besar dan tidak boleh ditolak.

Walaupun ada dikaitkan dengan korupsi, kepentingan lebih besar akan menenggelamkan janji menghapuskan korupsi.

China juga amat kuat pengaruhnya terhadap Pakistan, menyebabkan Pakistan tidak banyak pilihan dalam urusan dengan China.

China akan terus meningkat ekonominya dan tidak bijak bagi Pakistan tidak terus menjaga hubungan dengan China. – Agensi/Mynewshub.tv

Kategori