JAKARTA – Ratu terjun negara dan sandaran pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Pandelela Rinong menarik diri daripada beraksi dalam final acara 10 meter (m) platform individu wanita yang dijadual berlangsung malam ini.
Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Andy Low selepas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengadu masih berasa tidak selesa ketika turun beraksi pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
“Beliau tidak akan meneruskan aksi di final kerana tidak mahu mengambil risiko. Kecederaannya masih belum pulih dan sebab itu keputusan menarik diri dibuat,” katanya, di sini hari ini.
Pada pusingan kelayakan sebentar tadi, Pandelela menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas mengumpul 277.40 mata. – BERNAMA