Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Maszlee Mungkin Menteri Semula...

KUALA LUMPUR - “Sebaik sahaja Maszlee meninggalkan kabinet perdana menteri sedia ada, beliau...

Video Viral: Bapa Sedih...

LOS ANGELES – Rakaman video seorang bapa amat sedih melihat bayi tunggalnya meninggal...

Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’...

INGAT lagi cerita Joe Aziz yang sering dikerumuni gara-gara mukanya mirip dengan Faizal...

Kucing Lebih Terdedah Dijangkiti...

KUCING didakwa lebih terdedah dengan jangkitan koronavirus (Covid-19) berbanding anjing.Perkara itu didedahkan penyelidik di...

Para Jemaah Menuju Ke Penghujung Ibadat Haji

MAKKAH – Melihat jemaah haji lelaki mencukur rambut dan tidak lagi memakai kain ihram, memberi isyarat bahawa ibadat haji sedang menuju kepada penghujungnya.

Kerja-kerja haji yang terakhir akan lengkap setelah selesainya kemuncak ibadah haji iaitu berada di Arafah, kemudian bergerak ke Muzdalifah untuk bermalam dan mengutip anak-anak batu sebelum menuju ke Mina dan kemudian melontar di Jamrahtul Kubra pada 10 Zulhijjah iaitu pada hari Raya Haji.

Jemaah haji juga wajib melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Sughra, Jamratul Wusta, dan Jamratul Kubra pada tiga hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ibadah haji akan selesai apabila jemaah haji telah menyelesaikan dua lagi rukun iaitu tawaf haji iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan dan Sai iaitu berjalan ulang-alik dari bukit Safa ke bukit Marwah.

Kepuasan bagi setiap jemaah ialah apabila mereka dapat melalui pengorbanan dari segi fizikal iaitu berjalan berjam-jam dan beribadat sepanjang malam. – BERNAMA

Kategori