Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Mahu MCA Hentikan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin MCA...

PM Menghadap Sultan Brunei

Bandar Seri Begawan : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini...

Daim Kritik Najib –...

Kerajaan hari ini dikritik kerana mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi pada...

Malaysia Bebas Penyakit Selesema...

PUTRAJAYA - Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza...

Parlimen, DUN Perlu Adakan Kursus Khas Perlembagaan

KOTA BHARU – Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bertitah sudah sampai masanya bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan kursus khas tentang Perlembagaan, konsep Rukun Negara serta dasar ekonomi, pendidikan dan sosial negara untuk wakil rakyat.

Baginda bertitah, wakil rakyat membentuk kerajaan negeri di peringkat negeri dan Persekutuan namun rasional ilmu tidak mungkin kukuh tanpa melalui proses sedemikian.

“Soal mengubah atau tindakan melakukan perubahan sesuatu dasar, biarlah mereka (wakil rakyat) itu terlebih dahulu mempunyai pengetahuan dan ilmu yang cukup mengenai satu-satu perkara.

“Jangan sekali-kali sesuatu dasar diubah tetapi mengundang perkelahian dan perpecahan yang memanjang,” titah baginda pada Seminar Raja-Raja Melayu Dalam Menyatukan Rakyat di sini, hari ini.

Hadir sama Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi dan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Baginda turut melancarkan buku bertajuk ‘Sejarah Kesultanan Melayu’ yang diterbitkan hasil kerjasama antara MAIK dan UMK pada seminar berkenaan.

Seminar sehari itu turut menyaksikan pembentangan kertas kerja masing-masing bertajuk Institusi Raja Dalam Menyatukan Rakyat Malaysia oleh Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali dan Institusi Raja Dalam Pembangunan Politik, Ekonomi dan Sosio Budaya oleh Prof Emeritus Dr Hashim Musa.

Tengku Muhammad Faiz bertitah seharusnya Perlembagaan patut menjadi subjek wajib merentasi fakulti dan kurikulum di pusat-pusat pengajian tinggi.

“Konsep Persekutuan dan tonggak-tonggak utama serta Perlembagaan pula tidak dididik di kalangan rakyat, khususnya generasi muda. Mereka tidak ada atau kurang pengetahuan tentang Perlembagaan dan sejarah negara sendiri,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah perpecahan dalam kalangan rakyat akan mudah terjadi jika perbezaan yang dipupuk dan tuntutan-tuntutan berasaskan kaum terus dilaungkan tanpa henti.


Baginda bertitah, jika sesebuah negeri atau negara tidak dibina dengan landasan ilmu atau sekadar cuma mengikut selera lidah pimpinan secara ‘ad hoc’, tentu jurang polarisasi kaum akan bertambah luas.

“Apakah kerana perbalahan politik atau kepentingan perkauman yang keterlaluan di Malaysia kian mengambil tempat pada awal abad ke-21 ini, maka sehingga semacam tiada lagi dipertahankan prinsip keluhuran Perlembagaan sebagai ideologi negara dalam Rukun Negara?

“Dalam fikiran beta, jika tanggungjawab Perlembagaan ini gagal dihayati dan dilaksanakan, maka bagaimanakah matlamat utama perpaduan negara dan bangsa dapat dicapai? Perpaduan bermula dengan perpaduan Melayu dan Bumiputera, serta diimbangi kestabilan politik antara kaum,” titah baginda.

Justeru, baginda menyeru dalam menghadapi fenomena sedemikian, rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan perlu bangkit serentak meningkatkan kefahaman dan penghayatan jati diri bangsa secara umum dah khusus, dan berganding bahu untuk menyemai semangat jati diri bangsa sekali gus memupuk perpaduan bangsa dan integrasi nasional.

“Raja-Raja Melayu adalah lambang kepada kekuatan dan keteguhan peradaban bangsa serta himpunan semangat kesatuan dan persatuan kita.

“Kepada semua agensi, institusi, pertubuhan, badan dan organisasi semua bidang, beta ingin menyeru agar mereka tidak berlengah-lengah untuk meletakkan suatu azam baharu memberi kefahaman kepada semua peringkat dan lapisan rakyat.

“Rakyat di sektor awam dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diajak agar memahami maksud jati diri bangsa dan masyarakat sejahtera serta keperluan mengetahui dengan lebih jelas isu-isu berkaitan perpaduan masyarakat yang menjadi teras pembentukan ketamadunan negara,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori