Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pasukan Tugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR - Satu pasukan petugas khas ditubuhkan serta merta bagi menyiasat insiden...

‘Bukan Saya Mr H’...

KOTA BHARU: Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Hisyamuddin Ghazali menafikan dakwaan kononnya beliau...

4,543 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,543 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah pesakit Covid-19...

Zarul Rebah Sebelum Konsert...

KUALA LUMPUR - Melunaskan tanggung jawab mendendangkan lagu Fantasi Musim Cinta hingga layak...

PAS Desak Kerajaan Teruskan BR1M Demi Rakyat

KUALA LUMPUR – Pimpinan PAS menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pemberian BR1M yang dilaksanakan kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN) perlu diteruskan demi kepentingan rakyat khususnya golongan B40, nelayan, pesawah dan penoreh getah.

Beliau turut mendesak kerajaan PH menangguhkan pelaksanaan cukai baharu SST yang dijadualkan berkuatkuasa bermula September ini dan meneroka sumber pendapatan bukan cukai kepenggunaan lain.

Selain itu, beliau meminta kerajaan PH menurunkan harga barangan dan perkhidmatan berkaitan keperluan asas seperti makanan, pengangkutan dan kesihatan seperti yang pernah dijanjikan oleh PH pada PRU-14.

Mahathir beberapa hari lalu membuat pengumuman mengejutkan iaitu BR1M yang bertujuan membantu rakyat akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan sepenuhnya.

Pengumuman itu berbeza dengan janji PH kepada rakyat dalam kempen PRU-14 iaitu akan meneruskan pemberian BR1M walaupun kerajaan BN ditumbangkan

Beliau malah mendakwa, ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Sebelum PRU-14, Mahathir dan pemimpin PH lain mendakwa rakyat dizalimi oleh pentadbiran Najib.

Lebih menyedihkan, Mahathir yang juga Pengerusi PH kini mendakwa rakyat tidak sepatutnya merasakan mereka boleh mendapatkan wang tanpa bekerja.

Pengumuman Mahathir itu mendapat sokongan anggota kabinet PH khususnya Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa BR1M satu rasuah sekali gus membawa erti penerima BR1M sebagai penerima rasuah.

Penyokong PH di media sosial turut mempertahankan pengumuman Mahathir dengan menyifatkan penerima BR1M yang turut terdiri daripada warga emas dan keluarga berpendapatan rendah sebagai golongan pemalas. – MYNEWSHUB.TV

Kategori