Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh...

COLOMBO - Restoran makanan segera, McDonald's ditutup di seluruh Sri Lanka pada Ahad...

Halang Tugas Polis, 2...

PETALING JAYA - Tindakan dua rakan membaling topi keledar dan menunggang motosikal melawan...

Abdul Rahman Dilantik AJK...

SEREMBAN - Dewan Undangan Negeri hari ini bersetuju melantik anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi...

Malaysia Di Tempat Ketiga...

KUALA LUMPUR - Skuad Hoki Wanita negara mengakhiri kempen Kejohanan Siri Final Wanita...

PAS Tiada Arahan Pilih Calon PRK DUN Sungai Kandis

KOTA BHARU – PAS masih tetap dengan pendirian menyerahkan kepada kebijaksanaan anggotanya untuk mengundi calon pilihan mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis 4 Ogos ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan mengenai perkara itu berdasarkan kepada kenyataan rasmi oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini.

“PAS tetap dengan pendirian menyerahkan kepada kebijaksanaan anggota dan kita tiada arahan spesifik mengenai perkara itu dan PAS juga tidak turun berkempen pada PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Sebelum ini, Takiyuddin meminta anggota PAS di Sungai Kandis membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam dan orang Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan adalah kekal sebagaimana sebelum PRU14 yang lepas.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.


Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, pengetua Maahad Tahfiz, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; calon BN, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, pesara kerajaan K. Murthy. – BERNAMA

Kategori