Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mario Gomez Kembali Bimbing...

BEKAS jurulatih JDT, Mario Gomez berkemungkinan akan kembali mewarnai pentas Liga Malaysia musim...

Tribunal Aduan Medium Pesawah...

AYER HITAM - Penubuhan Tribunal Aduan Pesawah, sekiranya direalisasikan kelak, mampu menjadi medium...

Pusat Data RM130 Juta...

NUSAJAYA - VADS Bhd. melabur sebanyak RM130 juta untuk membina pusat data dibina...

Rafizi Akan Kemuka Representasi...

KUALA LUMPUR - Bekas Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan mengemukakan representasi...

Pastikan Pengasuh Ada Kelayakan – Suraya

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah disaran mencari pendekatan terbaik bagi memastikan pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (taska) termasuklah pengasuh di rumah persendirian memiliki kelayakan untuk menjalankan tugas itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob berkata buat masa ini pengasuh perlu mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (KAP) bagi memenuhi kelayakan minimum sebagai pengasuh.

“Kebimbangan kita walaupun mendapat sijil ini kemungkinan pengasuh-pengasuh ini pun ada lagi kelayakan yang perlu mereka lalui, jadi kita mohon kerajaan negeri memikirkan atau mempunyai cara dan usaha meletakkan kelayakan yang lebih baik kepada pengasuh-pengasuh.

Terutamanya pengasuh di rumah kerana di rumah inilah ramai orang nak berjimat dan letakkan anak di rumah kenalan mereka,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Sultan Kedah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memikirkan kaedah yang sesuai untuk membantu usahawan taska supaya mendapat lesen dengan mudah.

“Mudah di sini bukan bermaksud cikai-cikai, tapi maksudnya murah tetapi dilakukan sebelum projek (taska) itu bermula kerana kita tahu yang menjadi kebimbangan usahawan taska ialah premis yang tidak mendapat kelulusan PBT,” katanya.


Beliau berkata seperti diketahui kerajaan negeri ketika ini mempunyai taska yang diuruskan Jabatan Agama Islam Negeri yang mendapat peruntukan RM4.5 juta setahun dan Taska Nuri yang menelan belanja RM1 juta setahun.

“Aspek pelesenan dan pendaftaran pusat asuhan perlu dititikberatkan kerana jika ada apa-apa kes berlaku di taska ini ini ia akan melibatkan kerajaan negeri,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata kira-kira 80 peratus atau 13,700 orang pengasuh bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah di taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak memenuhi kelayakan minimum, KAP, setakat Jun 2018. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • taska

Kategori