Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kucing Ala Misai Hitler...

LONDON - Mungkin anda pernah melihat kucing yang semacam 'bermisai' pendek ini, dan...

Kejohanan Terjun Dunia Tidak...

KUALA LUMPUR - Kejohanan terjun dunia tahun depan tidak menghalang ratu terjun negara,...

Selenggaraan Jalan Negeri Diperluas...

PUTRAJAYA - Pemberian penyelenggaraan jalan negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya...

Pilih Pihak Yang Mengajak...

TUMPAT (Kelantan) - Menjelang pukul 12 tengah malam tadi, di Dewan Undangan Negeri...

Patriot Desak Siasat Dakwaan LTAT Beli Kamera AES RM555 Juta

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mendesak siasatan menyeluruh dilakukan terhadap dakwaan bahawa sebanyak 40 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibeli dengan harga RM555 juta yang dibayar oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Arshad Raji (B) berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahagian jenayah komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus segera bertindak tanpa perlu menunggu laporan dibuat.

“Patriot menuntut untuk mengetahui siapakah pemilik korporat dua konsesi AES, iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd. Mengapakah Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah LTAT membenarkan RM555 juta diambil daripada dana tersebut?

“Tujuan utama LTAT ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan dan menguruskan manfaat persaraan untuk anggota perkhidmatan. Apabila dana LTAT digunakan sedemikian rupa, ia merupakan pecah amanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori