Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Malaysia Tidak Amal Sistem...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu Raja Berperlembagaan, bukan raja yang...

AS Umum Bantuan Kemanusiaan...

NEW DELHI - Amerika Syarikat (AS) akan memberikan bantuan kemanusiaan bernilai AS$30 juta...

HFMD Tiada Vaksin, Perlu...

KOTA KINABALU - Tiada vaksin untuk mengubati penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD),...

Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian...

PUTRAJAYA - Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu...

Pegawai Eksekutif Direman Atas Kes Terima Rasuah

KOTA KINABALU – Seorang pegawai eksekutif unit komersial Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKI) direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah bagi kelulusan tapak sewaan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah itu ke atas lelaki berumur 50-an itu yang dikatakan menerima suapan antara RM500 sehingga RM 4,500 bagi setiap kelulusan tapak sewaan yang kesemuanya berjumlah RM36,500.

Pembayaran dibuat dengan memasukkan wang terbabit dalam akaun sebuah bank milik lelaki itu.

Lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM di sini pukul 2.45 petang semalam.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rausah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang tinggi jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori