Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Hanya Berkawan Di Alam...

PELAKON drama Kekasih Paksa Rela iaitu Ain Edruce menjelaskan status hubungan dengan seorang...

Cucu Jutawan Minyak Ditemui...

SEORANG cucu jutawan minyak dari Los Angeles, Andrew Getty ditemui mati dalam rumahnya...

20 Buah Rumah Di...

PETALING JAYA: Kira-kira 20 buah rumah terjejas akibat banjir di sekitar Kuala Kubu...

Ahli Parlimen Perlu Kosongkan...

KUALA LUMPUR : Mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti, baik dalam gabungan...

Pekerja Hotel Palsukan Dokumen Bomba Didenda RM15,000

TAPAH – Seorang pekerja hotel didenda RM15,000 atas pertuduhan memalsukan dokumen bomba pada Oktober tahun lepas.

Alliff Al-Hafiz Ahmad, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Tertuduh didakwa menggunakan resit rasmi kerajaan dan pelekat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ditampal pada dua alat pemadam api milik Chai Jye Niang, 41, yang diketahuinya sebagai satu dokumen palsu.

Perbuatan itu dilakukan di No. 12 Jalan Besar Chenderiang, di sini pada 4 petang, 16 Okt tahun lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum menerusi Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diperintah dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Hennie Soraya Hanafi. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori