Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hina TMJ: Kes Aniaya,...

SEORANG lelaki berusia 29 tahun yang menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan...

Panik, Terowong Termahal Singapura...

SINGAPURA - Selepas kontroversi kesesakan luar biasa pada hari pembukaan akhir tahun lalu,...

2 Beranak Dituduh Eksploitasi,...

BUTTERWORTH - Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas...

Loke Cadang Bina Stesen...

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan mengesyorkan sebuah stesen bagi...

Pelantikan Tan Kok Wai Berdasarkan Kelayakan

KUALA LUMPUR – Pelantikan Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai sebagai duta khas ke China adalah berdasarkan kelayakannya dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memudahkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan China, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini, katanya Tan merupakan wakil daripada Majlis Perniagaan Malaysia China, yang bukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Loke ditanya sama ada kerajaan Pakatan Harapan telah melanggar janjinya untuk tidak mempunyai lantikan politik dalam GLC.

“Kami fikir beliau layak untuk jawatan tersebut dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan terhadap Tan Kok Wai untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua kerajaan,” katanya.

Pelantikan Tan dibuat dengan kerajaan baharu mengkaji semula beberapa projek mega yang dibiayai oleh syarikat milik kerajaan China.


Projek itu termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek saluran paip minyak. — BERNAMA

Kategori