MUNCUL satu trend yang dinamakan sebagai “cabaran ikan dalam tulang selangka” di mana wanita akan mengisi air pada lekukan tulang selangka mereka, dan kemudian meletakkan seekor ikan hidup atau lebih bagi menunjukkan sejauh mana kurus badan mereka.
Cabaran kecergasan pelik itu dimulakan di China kira-kira tiga tahun lalu, tetapi baru-baru ini tular di media sosial sehingga ke negara-negara lain di Asia.
Cabaran seumpama ini dikatakan menjadi popular di China sejak beberapa tahun lalu, apabila orang ramai mula menunjukkan fizikal mereka di media sosial.
Kedalaman lekukan tulang selangka itu bukan sahaja cara yang tidak bagus untuk mengukur tahap kecergasan mereka, tetapi juga tindakan kejam terhadap ikan.
Berapa banyak ikan yang malang itu akan terjatuh atau terkeluar dari lekukan tulang selangka itu, semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang mementingkan diri sendiri ini? – odditycentral/mStar Online